best friends 4ever in kampuz

best friends 4ever in kampuz
friendship

friendship....

friendship....

Selasa, Mei 04, 2010

BAGAIMANA KITA MENDENGAR

BAGAIMANA KITA MENDENGAR

Pendahuluan

Telinga dijadikan untuk mendengar bunyi pada frekuensi tertentu. Manusia boleh mendengar pada frekuensi antara 20 Hz hingga 20 000 Hz. Sensitiviti mendengar yang maksimum untuk telinga manusia ialah antara 1000 Hz hingga 4000 Hz. Keupayaan mendengar adalah minimum pada 4000 Hz. Di sekitar frekuensi 4000 Hz inilah kerap terjadinya kurang pendengaran disebabkan oleh bunyi bising.

Telinga mempunyai tiga bahagian, iaitu telinga luar, telingan tengah dan telinga dalam .
Telinga Luar terdiri daripada cuping telinga dan lubang telinga yang berfungsi untuk mengarahkan gelombang bunyi ke gegendang telinga. Gegendang telinga mempunyai lapisan nipis yang akan bergetar apabila gelombang bunyi menimpanya.

Telinga tengah terdiri daripada ruang yang dipenuhi oleh udara dan tiga tulang kecil yang disebut osikel. Osikel terdiri daripada maleus. Inkus dan stapes. Osikel hujungnya terletak di pintu bujur yang merupakan penghubung ke koklea. Pergerakan stapes menghasilkan gerakan cecair di dalam koklea. Pintu bulat terletak dihujung koklea di mana ia berfungsi sebagai pintu mengeluarkan tekanan yang masuk dari pintuk bujur tadi. Osikel memindahkan getaran oleh gelombang bunyi dari gegendang telinga ke tingkap bujur di telinga dalam.

Telinga dalam mempunyai dua struktur yang utama iaitu labirin yang berfungsi untuk keseimbangan dan koklea untuk pendengaran. Organ Corti terdapat di koklea. Stapes bersendi dengan inkus dan menutupi bukaan pintu bujur di koklea. Tekanan bunyi disampaikan kepada koklea oleh stapes tadi dan membentukkan gerakan gelombang cecair yang menyebabkan terjadinya pergerakkan di antara lapisan tektorial dan sel deria rambut. Organ Corti mempunyai sel deria rambut yang bertindak terhadap getaran gelombang bunyi tadi dan menukarkannya kepada bentuk impuls saraf. Impuls saraf akan ditransmisikan ke korteks serebrum melalui saraf Auditori. Sistem pendengaran mempunyai kesan sensitif yang berlainan terhadap frekuensi dan intensiti bunyi yang berlainan. Contohnya, bunyi yang berfrekuensi 1000 Hz lebih senang di dengar daripada bunyi yang bergrekuensi 100 Hz pada intensiti yang sama. Kebisingan akan merosakkan sel deria rambut dan menyebabkan sel itu mati. Sel rambut yang mati itu tidak dapat diganti lagi.

Refles akustik atau reflesk timpanik memberi perlindungan kepada telinga dalam. Refleks ini terjadi jika bunyi berintensiti 80 dB(A) atau lebih. Bunyi ini akan menyebabkan otot di telinga tengah iaitu otot stapedius dan tensor timpanik berkontraksi. Akibat kontraksi, ia akan menarik maleus menjahi gegendang telinga dan menarik stapes menjauhi tingkap bujur. Pengecilan intensiti bunyi yang diberikan oleh refleks ini adalah lebih kurang 10 dB dan dengan itu ia dapat mengurangkan bunyi yang berintensiti tinggi daripada sampai ke telinga dalam. Pendedahan kepada kebisingan yang berpanjangan akan menyebabkan refleks untuk akustik menjadi lesu dan tidak dapat melindungi telinga dalam. Ini juga akan menyebabkansel deria rambut akan rosak akibat kesan kebisingan.


Gelombang bunyi dipindahkan kepada telinga dalam melalui beberapa cara:

1. Cara yang biasa ialah di mana gelombang bunyi diarah melalui lubang telinga dan seterusnya ke gegendang telinga. Gelombang ini memberi kesan getaran kepada gegendang. Getaran ini seterusnya dipindahkan kepada tulang-tulang kecil pada bahagian telinga tengah. Pada tulang-tulang kecil getaran diperkuatkan dan ini akan menghasilkan pergerakan cecair yang terdapat di dalam koklea. Pergerakan cecair ini menyebabkan sel-sel rerambut bersentuh dengan selaput tektorial dan menghasilkan impuls saraf.
2. Bunyi juga boleh terus memasuki telinga sekiranya terdapat kebocoran pada gegndang telinga.
3. Secara konduksi tulang iaitu bila tenaga bunyi diterima dan dipindahkan ke telinga dalam melalui tulang kepada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar